Mediator Media Malaysia - FemForward 2025: Forum Wanita Antarabangsa Dan Anugerah Sempenea Hari Wanita Sedunia

Sumber dipetik dari Mediator Media Malaysia

KUALA LUMPUR, 08 MAC 2025
 - Synergy Connect Holdings dengan bangganya mengumumkan penganjuran Forum & Anugerah FemForward 2025, sebuah inisiatif istimewa yang dijalankan dengan kerjasama The Women in Trade and Industry (WITI) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Women in Logistics & Transport (WiLAT), The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) Malaysia, Wanita SAMENTA (Small and Medium Enterprise Association) dan Balai Ikhtisas Malaysia (BIM).

Acara berprestij ini yang diadakan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia bertujuan menghimpunkan wanita dari pelbagai industri untuk berkongsi pandangan dan mengadakan perbincangan bermakna mengenai kepimpinan, inovasi, dan pemerkasaan. Selain itu, acara ini turut menjadi platform rasmi bagi pengumuman FemForward 2025: Forum Antarabangsa dan Anugerah Untuk Wanita Berprestij Sempena Hari Wanita Sedunia yang akan berlangsung pada 7 Mei 2025 di Sofitel Kuala Lumpur.

Joanne Tham, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) & Pengasas Synergy Connect Holdings memaklumkan bahawa acara ini akan dirasmikan oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pengerusi, Women in Trade and Industry (WITI) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan HAWA Malaysia.

 

Sebagai sebahagian daripada misinya untuk mempercepatkan tindakan dan memperkasa komuniti wanita, FemForward 2025 akan memberi pengiktirafan kepada sumbangan cemerlang wanita dalam pelbagai sektor melalui 25 anugerah berprestij, termasuk satu anugerah pencapaian seumur hidup khas sebagai penghormatan kepada perintis dan pemimpin perubahan dalam bidang masing-masing.

Antara kategori anugerah yang akan disampaikan termasuk Anugerah Rantaian Bekalan Wanita, Anugerah Kecemerlangan Wanita dalam Penerbangan, Maritim, Pengangkutan Darat, Kejuruteraan Awam, dan Perancangan Bandar. Turut diiktiraf adalah sumbangan wanita dalam bidang Penyelidikan & Pembangunan, Perbankan & Kewangan, PKS, Akauntan Bertauliah, Fintech, Pembuatan Pintar, Pemasaran Digital, Kepimpinan Korporat, Automasi & Robotik, Penjagaan Kesihatan, Kecantikan & Gaya Hidup, Teknousahawan, Perkhidmatan Awam, serta anugerah untuk Usahawan Muda, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wanita Terbaik, Wanita Inspirasi dan anugerah khas Pencapaian Seumur Hidup FemForward.

Pencalonan bagi FemForward 2025 akan dibuka bermula 10 Mac 2025. Orang ramai dan organisasi dijemput untuk mencalonkan wanita yang telah menunjukkan kepimpinan cemerlang dan memberi sumbangan bermakna dalam bidang masing-masing.


Sumber : Mediator Media Malaysia

Apr 16,2025